Search This Blog

Gigi pertama ...


Gigi pertama bayi anda biasanya tumbuh di antara usia 6 hingga 9 bulan. Di sini di selitkan beberapa tip tentang bagaimana untuk mengesan tanda-tanda awal pertumbuhan gigi, serta kaedah dalam memberikan keselesaan kepada bayi anda pada waktu sebegini.
 
 TANDA-TANDA AWAL PERTUMBUHAN GIGI.

Simptom-simptom yang berlaku adalah:-
 
  1. Gusi si manja terasa sakit atau bengkak
  2. Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda
  3. Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus
  4. Ruam lampin akan sentiasa berlaku
  5. Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam
  6. Terdapat ruam pada muka dan dagunya
  7. Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri.
CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-
 
  • Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.
 
  • Gel
 Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja.
 
  • Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali.
 
  • Penjagaan gigi bayi.
Masih tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan gigi. Sebaik sahaja gigi si manja mula tumbuh, gosok gigi si manja setiap hari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida yang dirumus khas untuk kegunaan bayi anda sahaja.
 
Picit sedikit ubat gigi tersebut ke atas sehelai kain kasa dan gosok secara putaran dengan lembut. Sentiasa pastikan hanya sedikit sahaja ubat gigi yang digunakan bagi si manja anda tertelan dalam kuantiti yang banyak.
 
Apabila gigi si manja telah tumbuh dengan banyak, maka anda gunakanlah berus khas untuk bayi yang bertekstur lembut dan gosok dua kali sehari. Jika si manja anda mahu, biarkan sahaja dia mengunyah berus gigi tersebut supaya dia terbiasa dengan sesuatu yang bukan berbentuk makanan di dalam mulutnya!
 
Sediakan segelas air untuk si manja anda berkumur (jika dia mahu).

No comments:

Post a Comment