Search This Blog

Kesan Radiasi ...

Baru-baru nih Jepun gempa bumi ... Peh tu tsunami lak ... Teruk juga terjejas terutama kebocoran loji nuklear ... Dengar cite meletup ... Harap2 tak ler sampai ke Malaysia ... Meh kengkawan tengok ape kesan radiasi nih ...

http://media1-cdn.malaysiakini.com/340/dc92824ea2860204525150bdea353962.jpg
  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.
Sumber:Berita Harian
Pehh tu ada lak berita Malaysia nak bina dua loji nuklear ... Pehhh seram nyer ... Apa kata kengkawan ?? Setuju ker ?? Baca berita lanjut di Loji Nuklear.

No comments:

Post a Comment