Search This Blog

Idea Utama Dan Idea Sampingan

Musim cuti sekolah nie gembira sungguh bebudak nie ... Asyik main jer ... Tak ingat ape dah ... Aku pun bagi ler peluang kat depa main dengan bersungguh-sungguh ... Tapi aku bagi amaran by Jumaat aku tak mo tengok dah sape-sape buat keje sekolah ... Maksud nyer segala kerja sekolah hendaklah siap before Jumaat ... Aku tak mo tengok esok nak sekolah baru terhegeh-hegeh nak buat homework ... Maka semalam dah hari Rabu maka gigih ler mereka membuat keje sekolah masing-masing ... Hahaha tau takut ... 

Walaupun keje sekolah depa ... Aku kena lah jugak memainkan peranan sebagai cikgu tuisyen .... So semalam aku kena jadi Cikgu Bahasa Malaysia kepada Fatiha ... Dalam banyak-banyak soalan tu ada ler yang aku tak berapa nak faham ... Gigih ler aku menanya sana sini ... So, dapat ler sedikit idea bantu Fatiha menjawab soalan ...


Seperti gambar kat atas nie ... Pelajar dikehendaki membaca petikan ... Lepas tu pelajar dikehendaki menyenaraikan idea utama dan idea sampingan ... Aku sebenar nyer macam dah dapat agak sikit sikit ... Tapi bila aku cite kat Fatiha cam dia tak paham plak ... So, kengkawan tahu ker ape itu idea utama dan idea sampingan ??? Hehehe ... Pening pening ... Jom baca penerangan kat bawah nie ... Gigih aku membuat kaji selidik ... Kita sebagai ibubapa nih kena bersedia menjawab apa apa aja soalan anak anak nih ... Huwaaaa ...

Idea utama ialah  isi penting dalam sesebuah ayat atau karangan atau sebagainya... Idea utama merupakan perkara paling penting dalam perenggan tersebut ... Makcik aku plak cakap idea utama tu pokok cerita ... Haaa paham tak kengkawan ???

Idea sampingan pula ialah sesuatu idea yang perlu ditambah pada idea utama untuk melengkapkan lagi dan menyedapkan lagi suatu ayat yang dibuat ... Ia lebih kepada contoh atau huraian ... Kalau ikut kate Makcik aku lagi idea sampingan nih ade terdapat dalam petikan itu jugak ... Haaa ... Faham tak ... Mestilah faham kan ... Kengkawan aku nih semua nyer pandai pandai ...

Contoh Kempen mencegah demam denggi perlu diperbanyakkan lagi (idea utama). Kempen ini akan meningkatkan kesedaran manusia terhadap bahayanya nyamuk aedes(idea sampingan).

Putra seperti biasa akan menyibukkan diri jugak kalau tengok abang n kakak buat homework ...

Ok lah itu jer cerita nyer kawan kawan ... Apa apa pun bersedia lah dengan soalan cepu mas dari anak anak ... Huhuhu ... Aku kalau soalan matematik tak pe aku suke ...

4 comments:

  1. Peningnya soalan bahasa :( Kalau matematik, saya pun suka. Hii

    ReplyDelete
  2. hmmmm...
    tinggi silibus diorang skang :(
    kita jugak yg letih.
    sian anak2...

    ReplyDelete
  3. salam sis saya mohon guna penerangan idea utama & idea sampingan tu ya

    ReplyDelete