Search This Blog

[VIDEO] SALTED EGG CHIPS

Masih Belum Dapat Cuba Salted Egg Chips Yang Tengah 'Viral' Sekarang? Bersepah lalu kat newsfeed... Huwaaaa... Korang dah cuba ker blom? Jom tengok cam ner dia orang buat... 


Bahan- bahan:

- 2 biji ubi kentang (dihiris halus)
- Daun kari
- 120g mentega 
- 6 biji telur masin kuning (direbus)
- 4 biji cili padi



Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng daun kari hingga rangup. Angkat dan toskan.
2. Masukkan ubi kentang dan goreng hingga rangup. Angkat dan toskan.
3. Dalam kuali lain, cairkan mentega dan masukkan telur masin kuning. Gaul rata.
4. Masukkan cili padi dan tumis. 
5. Gaulkan sos telur masin dengan kentang goreng dan daun kari.
6. Siap untuk dihidang!

Nampak macam senang kan... Tapikan, banyak nyer guna telur asin... Dah tu guna yang kuning jer,  yang putih nyer nak buat apa? Hmmm... 🤔🤔🤔

Selamat Mencuba!
Saya tepek jer dulu supaya tak hilang..
😁😁😁

No comments:

Post a Comment