Search This Blog

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Gema Gegar Vaganza Live Plus Minggu Separuh Akhir | 13 Mei 9 Malam

Gigih aku tengok online ...
Jom layan kengkawan ...


10 penyanyi nasyid kegemaran anda bakal kembali dan bersaing untuk merebut gelaran juara di dalam Konsert Gema Gegar Vaganza. Di hoskan oleh Siti Nurdiana, Fikri dan Achey. Saksikan secara langsung di www.gemagegarvaganza.com.my

Hebat persembahan masing-masing malam nie... Akhirnya semua peserta masuk final next week... Tahniah Hijjaz, Mirwana, Unic, Saujana, Hafiz Hamidun dan Azmi Caliph Buskers...

Aku Suka... Di samping hiburan, ada ilmu yang bermanfaat... Ada peringatan sehingga mengalir air mata... 😭😭😭 Rugi tak layan dari awal rancangan dulu...

Anugerah Juara Lagu Ke-30



Sebanyak 12 lagu telah terpilih untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-30 ... Dijadualkan berlansung pada 24 Januari 2016 ... Aku sebenar nyer tak ikut sangat pun AJL nie ... Tapi kebetulan malam tadi tengok bola ... Tu yang tertengok sekali tu ... Semua ke-12 lagu yang terpilih hebat-hebat belaka ... Jom skodeng ...

Sampai Mati - Hazama

Potret - Akim & The Majistret

Faizal Tahir - Assalamualaikum

Biarkanlah - Drama Band

Hanya Namamu - Caliph Buskers

Knock Knock - Elizabeth Tan

Malam Ini Kita Punya - Bunkface

Angin Kencang - Noh Salleh

Bukan Hal Aku - Kaka Azraff & Aliff

Mana Mungkin - Black

Not For Sale - Stacy & Altimet

Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah

Hebat-hebat jugak lagu-lagu yang terpilih ... Errkkk, korang rase sape menang ? ... Ehhh, tak pe lah ... Tak penting pun ...

Bintang Mencari Bintang (BMB)

Achey

Peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati di sini Ahad.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.

Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

Pada malam kemuncak itu, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara solo dan bergandingan dengan sifu masing-masing yang merangkumi tiga minit sketsa komedi dan dua minit nyanyian.

Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees.
Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang diumumkan.

Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Program ini dihoskan oleh Adibah Noor manakala jurinya dibarisi Fauziah Ahmad Daud dab A.R Badul serta Ajai.

Sumber

** Aku layan jer coz Big Boss n bebudak nih layan ...