Search This Blog

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

SABUN PENCUCI CHOMEL

Chomel Baby

Hai kengkawan ... Korang buat ape tu ? Nie nak tanya skit, korang pernah dengar tak pasal jenama kat atas tu ??? Aku pun sebenar nyer baru jer tau ...Meh sini aku nak cite skit ... Skit jer tak panjang pun ... Jom ler baca ...

Korang pun tau kan aku baru beranak kecik ari tu ... Laaa nie Janna dah nak masuk lima bulan ... Tapi aku nih masih menjaga ler kesensitifan Janna nih dengan persekitaran ... Aku masih menggunakan sabun khas untuk bayi ... Sabun cuci baju pun aku masih menggunakan yang memang khas untuk bayi ... Kalau pencuci yang biasa biasa nie banyak bahan kimia yang tak sesuai untuk bayi ...


So, ari tu aku terberkenan nak cuba pencuci daripada jenama Chomel ... Aku guna sabun pencuci pakaian (1 liter) dan sabun pencuci breast pump dan botol ( 1/2 liter) ... Pencuci nie memang sesuai lah untuk Janna ... Sabun nie amat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif ... Mencuci kotoran degil dengan kadar pH yang rendah ... Tidak akan menyebabkan alahan pada bayi ... Walaupun bebas bau tetapi cucian tetap bersih dan lembut ... Sesuai untuk cucian tangan dan juga mesin basuh ...



AWARDS & CERTIFICATIONS

As we’ve mentioned before, we don’t compromise when it comes to the safety, integrity and effectiveness of our products – our certifications and approvals are proof of that. Here are some which we’re most proud of attaining.

Chomel - Terminologically Tested
Chomel - Hypoallergenic
Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal produk nih, skodeng ler website Chomel ... Boleh order terus kat situ ...














Adakah Si Manja Anda Mendapat Pemakanan Yang Diperlukannya?


Sebagai seorang Ibu, sudah pasti korang mahukan anak korang membesar dengan mendapat khasiat yang secukupnya bagi membantu pertumbuhan mereka. Kerana itulah, korang pun mencipta pelbagai pemakanan riang dan ceria, jika itu yang diperlukan untuk memastikan si manja mendapat khasiat yang sepatutnya. Macam-macam cara korang buat contoh nya dengan menghias hidangan mengikut pelbagai tema menggunakan makanan berkhasiat. Korang jugak boleh tambahkan keriangan khasiat 100%* kepada si manja korang sewaktu hidangan harian dengan Sustagen.



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPKK 2017


Hai kengkawan ... Petang karang bermula lah Peperiksaan UPKK 2017 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...

Berikutan kes kecurian kertas soalan tempoh hari, nie aku letak jadual periksa yang baru ... Abaikan yang senget benget tu ...



Anak2 semua, sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...
1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Anak aku, Danial@Abang Ngah, anak sedara, Adib & Aliff akan menduduki peperiksaan nie petang kang... Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

HARGA MINYAK MULAI 28 SEPTEMBER 2017 - 4 OKTOBER 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 28 SEPTEMBER 2017 - 4 OKTOBER 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬇ turun 3 sen (RM2.16 seliter)
RON97 : ⬇ turun 3 sen (RM2.46 seliter)
DIESEL :  ⬆ naik 2 sen (RM2.12 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Ada yang menaik dan ada yang menurun lagi nampak nyer minggu nie...  Nak buat apa pun xboleh... Jangan stress tau,  layan kan aje...

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua... Jom gie jalan-jalan cari makan... 
Muahahaha...
🤔🤔🤔

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

[BOOKCAFE] JUALAN KILAT SELAMATKAN POKET


BOOKCAFE akan mengadakan jualan sempena menyambut Hari Malaysia... 


14 September 2017: 
FLASH SALE RM1, RM2, RM3

15 September 2017: 
GIVEAWAY BUKU PERCUMA

16 September 2017:
FREE SHIPPING SELURUH MALAYSIA

==========
FLASH SALE
==========

1. Tawaran meleleh RM1, RM2, RM3 untuk buku terpilih.

2. Ada 15 tajuk & setiap tajuk terhad untuk 5 naskhah sahaja.

3. Link pembelian hanya dibuka tepat pada jam 11 pagi, 14 September 2017.

4. Siapa cepat, dia dapat.

5. Satu pembeli hanya boleh beli satu naskhah sahaja bagi setiap tajuk.

FLASH SALE RM1

1. Tun M: Inilah Perjuangan
2. Riyadus Solihin
3. Presiden Trump Penjahanam Amerika?
4. Kipidap: Ayahanda Rani Kulup
5. Saiful Nang: Mat Jenin Sebenarnya Hero

FLASH SALE RM2

1. 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker
2. Idea Bekal ke Pejabat: Menu Ala Barat
3. Resipi Alergi: Tanpa Telur & Bahan Tenusu
4. Maryam Anak Syurga
5. 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah

FLASH SALE RM3

1. Atlas Perang Salib
2. Travelog Umrah DIY
3. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
4. Fiqh Kewangan Islam
5. Tuhan Aku kembali

==========
GIVEAWAY
==========

1. Buku percuma untuk 15 orang pemenang. 

2. Cara untuk menang buku percuma akan diumumkan pada 15 September 2017.

3. Peluang untuk menang ini dibuka selama 5 jam sahaja (10 pagi - 3 petang).

4. Pemenang akan dipilih secara rawak.

==========
FREE SHIPPING 
==========

1. Waktu free shipping selama 16 jam sahaja, bermula jam 8 pagi, 16 September 2017

2. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dengan pembelian minimum RM60.

3. Penghantaran percuma menggunakan Poslaju & KTMD sahaja.

Kengkawan Yang Berminat

SELAMAT HARI MALAYSIA 2017


SELAMAT HARI MALAYSIA untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan Hari Malaysia ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...


Sedikit info saya kongsikan untuk ingatan kita bersama ... Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 ... Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia ...
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 ... Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama ... Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak ...

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia
Semoga Malaysia sentiasa aman dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...

PUSAT TAHFIZ TERBAKAR, LEBIH 20 TERKORBAN


Terkejut masa dapat tau berita nih... Ya Allah, sedih nyer... Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah...

AL-FATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.
Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Sumber



HARGA MINYAK MULAI 14 SEPTEMBER 2017 - 20 SEPTEMBER 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 14 SEPTEMBER 2017 - 20 SEPTEMBER 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 1 sen (RM2.21 seliter)
RON97 : ⬆ naik 4 sen (RM2.52 seliter)
DIESEL :  ⬆ naik 9 sen (RM2.14 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Menaik lagi nampak nyer minggu nie...  Nak buat apa pun xboleh... Jangan stress tau,  layan kan aje...

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua... Jom gie bercuti... 
Muahahaha...
🤔🤔🤔

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

HIJAB SHAMPOO BY NATURAL ELIXIRS

Rambut merupakan antara aset penting bagi semua wanita... Penjagaan rambut yang betul dan rapi sangat penting untuk memastikan rambut korang sentiasa sihat dan cantik, terutamanya bagi wanita yang bertudung... 

Walaupun aku tak lah memakai tudung melebihi 8 jam,  tapi aku ada jugak mengalami masalah rambut nih... Aku sekarang sedang mengalami masalah keguguran rambut yang serius... 
Risau jer kalau nak sikat rambut or syampu rambut... Bersepah rambut kat lantai... 

Macam-macam dah cara aku guna... So,  sekarang aku tengah cuba HIJAB SHAMPOO BY NATURAL ELIXIRS... Nie merupakan kali pertama aku pakai syampu nih... Pergghhh, bau nyer boleh tahan wangi... Sat gie aku beritau kesan nyer... 


Selamat Berkenalan 

Sebelum tu jom kita berkenalan dulu dengan Hijab Shampoo nih... Syampu nie menggabungkan bahan-bahan organik; Minyak Nettle,  Ekstrak Bunga Kamomil dan Minyak Tea Tree yang kaya dengan khasiat untuk menguatkan, melindungi dan mencegah keguguran rambut... Rambut memerlukan pendedahan yang secukupnya kepada udara dan cahaya matahari untuk memastikan ia sihat dan kuat... Apabila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tidak boleh bernafas... Ini akan menyebabkan pengumpulan sebum berlebihan daripada peluh...  Liang-liang rambut akan tersumbat dan mengakibatkan kulit kepala yang tidak sihat, berkelemumur,  keguguran rambut, rambut nipis dan tidak bermaya... 

Formulasi Unik Syampu Hijab :
🌠Membersih dan melembapkan kulit kepala...
🌠Mengawal pengelupasan semulajadi kulit kepala, menjadikan ia segar semula...
🌠Menyeimbangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak berlebihan...
🌠Sifat antioksidan yang melindungi rambut daripada kerosakan dan penuaan awal... 
🌠Memberi tenaga dan menyegarkan semula akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat... 
🌠Mencegah keguguran rambut dan kelemumur... 

Kesan Penggunaan :
Setelah  seminggu menggunakan Syampu Hijab,  masalah keguguran rambut yang aku alami berkurangan... Tak de dah rambut sepah-sepah kat lantai... Disebabkan syampu nie 2 dalam 1, aku rasa amat berpuas hati sebab dah tak payah berlama-lama untuk mencuci rambut, perapi dah ada dalam tu sekali... 

Berikut details tentang Hijab Shampoo kalau korang nak skodeng... 


#hijabshampoo #naturalelixirs #naturallyorganic #antihairloss #nodandruff #shampootudung #moisturizing #hydrating #syamputudung #syampuhijab #rambutsihat
#blogger #kisahhidupku #jombercontest #review #kolaborasi

Kalau korang nak beli boleh klik >>BELI1<< atau >>BELI2<<

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2017

Hai kengkawan ... Hari nie bermula lah Peperiksaan UPSR 2017 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

Tarikh Peperiksaan Awam 2017

Image result for Peperiksaan

📚Berikut adalah senarai periksaan awam 2017 beserta tarikh nyer... Saje aku letak kat sini supaya senang aku nak rujuk... Semoga bermanfaat untuk kengkawan semua... 

🔖UPSR - 
*11 hingga 14 Sept & 18 Sept 2017*

🔖PSRA - 
*25 hingga 29 Sept 2017*

🔖UPKK (Thn 5) - 
*2 hingga 5 Okt 2017*

🔖PT3 - 
*Ujian Bertulis 9 hingga 12 Okt 2017*

🔖SPM - 
*6 Nov hingga 4 Dis 2017*

🔖STAM - 
*Pep bertulis 23 & 25 Okt, 
30-31 Okt & 1 Nov 2017*

Nampak nyer peperiksaan UPSR semakin hampir... Harap semua anak2 dah bersedia... Ibubapa sila beri kerjasama sepenuh nyer... Anak aku Abang Ngah akan mengambil peperiksaan UPKK tahun nie... Penting jugak kalau nak masuk sekolah agama @ tahfiz... Semoga diberikan kelapangan untuk menjawab nanti... 

HARGA MINYAK MULAI 7 SEPTEMBER 2017 - 13 SEPTEMBER 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 7 SEPTEMBER 2017 - 13 SEPTEMBER 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 4 sen (RM2.20 seliter)
RON97 : ⬆ naik 4 sen (RM2.48 seliter)
DIESEL :  ⬆ naik 1 sen (RM2.05 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Menaik nampak nyer minggu depan...  Jangan stress tau,  layan kan aje... 

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua... Jom gie bercuti... 
Muahahaha...
🤔🤔🤔

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

[JAWATAN KOSONG] UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA & HOSPITAL PENGAJAR UPM


Untuk kengkawan yang mencari peluang pekerjaan... Semoga bermanfaat... 



Untuk pengetahuan kengkawan semua .... Sekarang nih UPM menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Secara Online untuk jawatan-jawatan yang ditawarkan di UPM ... Mudah dan cepat kan ...


Semua pemohon perlu lah mendaftar sebagai penmgguna terlebih dahulu ... Hanya calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ... Kalau dalam tempoh 6 bulan tak de ape-ape kabar berita tu maksud nyer permohonan tak berjaya lah tu ...


TARIKH TUTUP :
12 September 2017 (Selasa) (5.00 petang)

Cepat ... Cepat ... Sebelum terlambat ...
Masih ada masa lagi ...

ISU RUU164


Antara artikel berkaitan isu RUU 164 yang dapat saya kumpulkan sehingga pagi ini untuk bacaan semua dari pelbagai pihak. 

[Jika ada yang masih tertinggal, post diruang komen. Terima kasih]

Yb Ust Idris Ahmad

Ust Dr Riduan Mohd Nor

Yb Hanipa Maidin

Ust Zolkharnain Abidin

Prof Dato' Dr Noor Aziah Awal

Faisal Abdul Aziz (ABIM) 

Dr Fathi Yusuf

Kengkawan kalau ada yang tahu isu nie boleh ler komen nanti... Saya pun x berapa nak hadam lagi pasal isu nie...

Sumber :
Group Wasap