Search This Blog

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017



Hai kengkawan ... Esok akan bermula lah Peperiksaan SPM di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ... Bagi mereka2 yg terlibat ngan banjir tu,  jangan hilang mood periksa plak... Sentiasa alert dengan situasi semasa dan update dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa... 
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal



Kepada para Ibu atau Bapa pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul - 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah - 100x.



Semoga calon SPM 2017 yang akan menduduki peperiksaan pada esok hari dapat menjawab soalan dengan tenang dan didoakan semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang... Insyaallah ... Allah tu kan Maha Mengasihani ...

SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-11 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil ... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai... Tahun depan UPSR, kena usaha lebih gigih lagi ... Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Danial  n Burung Unta ... Berani jugak dia ... Memula jer takut ...

Ke mana-mana pun mesti nak membaca jugak ... Suratkhabar pun jadi ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 2017

Asalamualaikum.


Kepada saudara - saudara dan sahabat-sahabat yang anaknya akan menduduki Ujian PT3 yang bermula hari ini 09/10 hingga 12/10, marilah kita doakan anak2 kita semua dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG. 

Amiin...

Marilah kita berdoa....

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ uوَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
   سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

JADUAL PEPERIKSAAN PT3 2017
(UJIAN BERTULIS)





Semoga semua nyer berjaya dengan cemerlang ... Anak2 saya tahun depan ... UPSR & PT3 ... Harap-harap tak de lah perubahan drastik dalam format peperiksaan ...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPKK 2017


Hai kengkawan ... Petang karang bermula lah Peperiksaan UPKK 2017 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...

Berikutan kes kecurian kertas soalan tempoh hari, nie aku letak jadual periksa yang baru ... Abaikan yang senget benget tu ...



Anak2 semua, sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...
1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Anak aku, Danial@Abang Ngah, anak sedara, Adib & Aliff akan menduduki peperiksaan nie petang kang... Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

PUSAT TAHFIZ TERBAKAR, LEBIH 20 TERKORBAN


Terkejut masa dapat tau berita nih... Ya Allah, sedih nyer... Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah...

AL-FATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.
Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Sumber



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2017

Hai kengkawan ... Hari nie bermula lah Peperiksaan UPSR 2017 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

Tarikh Peperiksaan Awam 2017

Image result for Peperiksaan

📚Berikut adalah senarai periksaan awam 2017 beserta tarikh nyer... Saje aku letak kat sini supaya senang aku nak rujuk... Semoga bermanfaat untuk kengkawan semua... 

🔖UPSR - 
*11 hingga 14 Sept & 18 Sept 2017*

🔖PSRA - 
*25 hingga 29 Sept 2017*

🔖UPKK (Thn 5) - 
*2 hingga 5 Okt 2017*

🔖PT3 - 
*Ujian Bertulis 9 hingga 12 Okt 2017*

🔖SPM - 
*6 Nov hingga 4 Dis 2017*

🔖STAM - 
*Pep bertulis 23 & 25 Okt, 
30-31 Okt & 1 Nov 2017*

Nampak nyer peperiksaan UPSR semakin hampir... Harap semua anak2 dah bersedia... Ibubapa sila beri kerjasama sepenuh nyer... Anak aku Abang Ngah akan mengambil peperiksaan UPKK tahun nie... Penting jugak kalau nak masuk sekolah agama @ tahfiz... Semoga diberikan kelapangan untuk menjawab nanti... 

SALAM AIDIL ADHA 2017


Esok(Jumaat) kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Kat tempat aku nih biasa nyer kalau raya jatuh hari Jumaat maka program penyembelihan akan dilakukan pada keesokkan hari nyer ... Bukan apa takut tak sempat muslimin nak solat Jumaat ... Elok jugak supaya tak terkejar-kejar... Program pun dapat dijalankan lebih sempurna ... Tak de lah penat sangat mereka-mereka yang bertugas ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, mungkin Sabtu baru balik kampung ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...

Saat berderai jatuhTitisan air mata suci IBRAHIMMelihatkan keteguhan imanAnaknya ISMAILDikala itulah bermulaSejarah agungERTI SEBUAH PENGORBANAN ...


Semoga aku dan BigBoss berpeluang menjadi Tetamu Allah bersama-sama ...

BERTAPA DI KLINIK


Aku hari nie terpaksa bertapa kat klinik... Aku rasa aku dah habis awal datang klinik... Rupa nyer ada manusia yang lagi awal daripada aku... 

Aduhhh... Letih, lesu & lapar dibuat nyer... Kesian Putra... Kelaparan... Ntah apa kena nyer nak mengikut plak... Jenuh pujuk tinggal ngan atuk & uwan... 


Menjelang tengahari,  Putra dah mula meragam, sedangkan urusan masih belum selesai... Alhamdulillah, Janna memberikan kerjasama yang baik... Hari nie baby kena cucuk... Kejap jer nangis... So far,  ok tak demam...

Walaupun rumah hanya sejengkal jer ngan klinik,  Putra ajak makan kat kedai... Aku sebenar nyer malas, tapi mengenangkan Putra, layankan aje lah... Janna syok jer layan tido masa aku ngan Putra lunch... 

Sampai rumah dah nak dekat zohor... Abang Long & Kakak dah pun ke sekolah... Bebudak sekolah pagi pun dah keluar... Sebaik cuaca tak begitu panas... 


Janna sampai sekarang masih lagi layan letih bertapa tadi... Bila lapar jaga lah dia... Kenyang sambung tido balik... Alhamdulillah sihat walafiat... Breastfeeding on demand... Chaiyok... Chaiyok... 

PENGALAMAN 2 BULAN LALU

Nak tido tapi nak senyum...

Alhamdulillah... Janna dah masuk 2 bulan... Sihat walafiat tanpa banyak kerenah... Dah pandai senyum... Dah keluar bunyi skit-skit bila kita bercakap ngan dia... Masih meneruskan penyusuan susu ibu sepenuh nyer...

Rase nyer macam baru jer lagi berjuang di dewan bersalin... Masih terbayang-bayang lagi saat dan ketika Janna nak menjenguk dunia... Hmmm,  pada tarikh tu 25/5/2017, yaaa lagi dua hari nak puasa masa tu...

Dalam masa seminggu tuh,  aku memang dah rasa lain macam... Jalan dah macam penguin... Nak tidur pun dah tak selesa... Pusing kiri... Pusing kanan... Last last tido duduk kat sofa... Hehehe...

Pada hari kejadian, aku bangun pagi macam biasa jer... Settle kan apa yang patut, bebudak pun dah gie sekolah... Lepas tu rehat jer lah memang xlarat nak buat ape dah... Buat yang penting penting jer...

Masa nih perut memang dah rasa tak selesa... Penuh sendat... Sambil sambil tu buat jugak skit skit exercise untuk mudahkan bersalin... Kata nyer lah... Kalau korang google mesti jumpa... Tengahari tu aku tak masak pun,  bebudak lunch kat umah Mak...

Selesai bebudak ke sekolah, boleh ler aku mengemas skit skit... Lepas tu online ler ape lagi, sambil layan perut... Tiba-tiba rase sakit perut cam nak membuang... And akhir-akhir tu memang aku susah skit nak membuang... Maka kelam kabut ler aku ker tandas... Perut rase tak selesa sangat,  macam nak berak keras tu @ sembelit... Ralit mencangkung, sekali tengok ada menitis darah skit... Ehh,  takkan luka kot dalam hati aku, ehhh nie dah tiba saat dan ketika nyer nih... Tapi masa tu aku masih tak rasa sakit apa pun lagi...

Aku pun menenangkan diri sendiri,  sambil tu aku mengemas lah ape yang patut... Tak lah banyak mana pun nak mengemas sebab beg aku & beg baby memang aku dah ready sejak masuk 36 minggu lagi... Relax jap... Aku pun call BigBoss kat opis,  tak de plak pi test drive,  sebaik adik nyer ada, just tinggal pesan jer... Aku tak de lah panik masa tu sebab tak sakit lagi kan... Tak lama lepas tu BigBoss call, aku suruh dia balik jer, and dia pun dah dapat agak dah...

BigBoss sampai rumah,  dia mandi dulu,  solat Zuhur... Lepas tu lunch kat rumah Mak... Aku dah tak lalu nak makan tapi paksa jugak lah takut tak de kederat nak meneran plak... Dah selesai semua,  sesi memujuk Putra plak supaya dia tak nangis kena tinggal dengan atuk & uwan... Sebaik lah dalam sebulan jugak lah aku dah start ingatkan dia tak boleh ikut gie hospital... Tak de lah dia meragam sangat... "Ibu balik cepat tau"


Sebaik sampai kat hospital, parking penuh... Jauh nyer lah BigBoss memakir kereta... "Exercise,  senang nak bersalin" ... Aku ok jer sebab tak rasa sakit... Jalan ler aku macam penguin menuju ke dewan bedah... Serammm dah masa nie... Sampai tempat paling menyeramkan tu,  ramai nyer umat... Nak bersalin berjemaah ker ape dia orang nih... Misi bagi baju seragam warna pink... Terpaksa lah tukar... Tunggu lah kat situ dengan penuh keinsafan... Sambil tu sempat lagi update blog JENG... JENG... JENG... MASA DAH TIBA... Gigih ngko...

Biasa lah menunggu di hospital kerajaan... Lama korang... Daripada xsakit dah rasa sakit skit skit... Lepak ngan kengkawan seangkatan sambil menahan sakit... Daripada kenyang dah rase lapar balik,  tapi kita orang dah tak dibenarkan ke cafe... Maka tunggu lah kita orang makanan yang disediakan pihak hospital... Sambil sambil makan lewat petang tu,  sambil layan sakit yang semakin kuat... Nak kuar dewan nak lepak ngan BigBoss pun tak larat dah... Kedengaran sayup sayup azan maghrib...

Maka setelah berkurun menunggu maka sampai ler giliran aku naik atas katil untuk diperiksa... Check bp aku & denyut jantung baby... Jenuh jugak dengan tekanan darah aku yang bermasalah... Masa nih bukaan baru 3cm... Sakit macam nak mati dah... Relax lah aku di atas katil untuk menstabilkan tekanan darah... Waktu tu aku dah tak pasti pukul berapa... Aku ambil kesempatan tu untuk tidur... Alhamdulillah lepas tu tekanan darah dah ok... Bukaan pun dah 7cm... Huwaaa... Sakitttt...

Haaaa kat sini aku nak beritau kat kengkawan... Amalan nih aku dapat daripada bapak aku... Kalau dah rase sakit sakit nak bersalin tu,  kita orang Islam jangan ler meraung menangis masa tu... Bapak aku ajar baca ayat nih لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ... Nih doa Nabi Nuh keluar dari perut ikan... Amalkan dengan harapan dipermudahkan segala urusan... Masa sakit yang amat tu tarik nafas sambil baca ayat kat atas tu... Insyaallah... 

Sedar dari lena,  Dr check bukaan dah 9cm... Maka kelam kabut ler depa tolak aku ke bilik bersalin... BigBoss pun tak sempat nak panggil... Push... Push... 


Lahir lah seorang lagi puteri dalam keluarga kami... Nur Janna Iman, 25/5/2017, 10:56mlm dengan berat 2.95kg... Alhamdulillah... BigBoss x sempat pun nak bagi semangat... Elok jer BigBoss masuk, baby dah keluar pun,  Dr tengah nak potong tali pusat... 

Haaa ada satu lagi petua... Masa korang dah sampai masa nak beranak tu kan... Alaaa, masa Dr dah suruh teran tu, kalau salah teknik,  penat jer dapat baby tak keluar pun... Kalau nak tau masa yang sesuai nak teran,  adalah masa korang rasa sakit yang teramat tu... Rase macam nak terberak tu tapi keras@susah ... Masa tu jangan layan kan sakit tu tapi teran macam nak berak keras... Hahaha... INGAT!!! Jangan angkat punggung... 

Alhamdulillah... Segalanya dipermudahkan... Dah 2 bulan pun baby... Sebulan jugak lah aku tak dapat berpuasa... Sehari pun xdapat... Huwaaa 😭😭😭... Jenuh ler aku nak mengganti puasa... 

Jom skodeng sini jugak... Kisah sepanjang perjalanan mengandung kali nie... ⬇⬇⬇
30 MINGGU YANG MACAM2...




JENG... JENG... JENG... MASA DAH TIBA...

Alhamdulillah... Akhirnya aku diberikan kekuatan nak menulis kisah nie... Maaf sekira nyer ada yang tak suka... Sorry kalau ada yang tersinggung... 









PERATURAN HIDUP


Peraturan hidup ini mudah!

🌸🌻🌼Jika tak mampu menyayangi, jangan pula membenci🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak mampu memuji, jangan sampai mengeji🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak boleh nak hargai, jangan pula menyakiti🌸🌻🌼

🌸🌻🌼Jika tak mampu membahagiakan, jangan sampai menyusahkan🌸🌻🌼

 🌸🌻🌼Jika tak mampu membuatnya ketawa, jangan pula jadi sebab dia mengalirkan air mata...!🌸🌻🌼

🌸🌻🌼 Suzana Ghazali 🌸🌻🌼

Semoga kengkawan semua dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi... 
🌸🌻🌼🌸🌻🌼🌸🌻🌼

TERKENA JANGKITAN

Sindrom yang korang semua takut dah jadi kat aku... Kengkawan mesti takut kalau dah terkena jangkitan sindrom nih... Bersawang lah jawab nyer... 

Aku pun tak tau cam ner aku leh terkena penyakit nih... Padahal banyak jer mende aku nak cite... Bahan dah ada sejak dari cuti hari pekerka hari tu lagi... Maksud nyer sebelum aku bersalin lagi dah ada banyak bahan... Tu blom cite saat-saat genting nak bersalin lagi... Dengan darah tinggi nyer... Dengan kencing manis nyer... Huwaaa... 


Ya Allah... Kembalikanlah semangat aku nak menulis... Chaiyok... Chaiyok... Emmm,  kengkawan buat cam ner eak kalau terkena jangkitan nie? 

Doa adalah senjata paling mujarab untuk mengubati semua jenis penyakit... So,  kalau dah rasa macam terkena jangkitan tu kerap lah berdoa... Muhasabah diri... Antara doa yang boleh diamalkan :

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

 “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.


CALON2 UPSR


Kepada calon2 UPSR... Tinggal lebih kurang 2 bulan jer lagi ... Dah semakin hampir... Usaha sampai boleh... 
Sekarang adalah tempoh yang sangat sesuai untuk memulakan pecutan akhir. 

Ibubapa plak berilah sokongan dan dorongan sepenuhnya kepada anak-anak kita... Usaha yang telah dimulakan oleh guru2 sepatutnya disokong oleh oleh ibubapa ...

KAD RAYA PERTAMA 2017


Yeaayyy ... Alhamdulillah ... Dalam zaman yang serba serbi online nih ... Dapat jugak aku kad raya ... Ini adalah kad raya pertama aku tahun nie ...

Kad nie daripada Blogger Shida Ridzuan ... Kalau korang dah biasa gie blog dia ... Cam ner blog Shida cam tu lah jugak kad raya nyer ... Biru ... Sejuk dan nyaman jer rasa ... Kat blog Shida nih korang akan perolehi banyak maklumat ... Rase nyer kalau tengok secara rambang blog Shida nih lebih kepada perniagaan yang dijalankan ... Nak pasang iklan ker ... Nak suh review ker ... Nak tempah kad ker ... Boleh gie melawat blog beliau ... Banyak maklumat kat sana ...


Jom hubungi shida untuk tempahan dan keterangan lebih lanjut 
Email : admin@duniashida.com
Facebook : Shida Radzuan

Terima Kasih Shida ...
Selamat Hari Raya...