Search This Blog

Solat Dhuha


 
 
Ruang waktu dan waktu afdal
 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
 
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
 
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “.
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
  
* Coretanku
 
 
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
 
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
 
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
 
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
 
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. Ameennn.

Wanita ...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan.

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan ...

kata-hikmah-124.jpg
 
 
Bismillahirrahmanir rahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji dan syukur hanya layak diberikan kepadaNya yang sentiasa membahagiakan kita di saat kita keseorangan, kesedihan, kebuntuan, kebimbangan dan kekeliruan.

SubhanaAllah, setiap kali kita merasa sedih kita akan mampu menitiskan air mata. Dan sedar atau tidak setelah itu kita akan merasa lega. Lega kerana segala curahan isi hati ini akhirnya berjaya ditafsirkan secara zahirnya. Batin kita terasa tenang setelah berjaya mengungkapkan kesedihan yg ditahan tatkala diuji dengan pelbagai cabaran yg sebenarnya ingin mendewasakan kita.

Wahai teman-temanku yg di kasihi,

Jika kita bersedih hati, tidak kira atas apa jua alasan sekalipun menangislah meminta tolong kepada Allah. Egomu takkan kurang sedikit pun di depan Pencipta segala yg ada di langit dan di bumi.

Kerana secara azalinya manusia itu bersifat lemah dan memerlukan pertolongan Khaliqnya yg Maha Kuat dan Sempurna.

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.

Surah An-nisa (Ayat 28)

Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa

Surah Ar-Rum (Ayat 54)

Namun, begitu kita tidak boleh membiarkan diri kita yg lemah ini terus-menerus lemah. Jangan biarkan emosi mengawal fikiran.Tiada semangat untuk meneruskan kehidupan yg perjalanan mungkin masih jauh. Di sebalik kelemahan yg Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali-Imran (Ayat 139)

Marilah kita sama-sama menjadi orang yg beriman.

Orang yg beriman sentiasa percaya bahawa setiap yg tertakdir untuknya pastinya ada hikmah.

Orang yg beriman itu percaya setiap aniaya yg dilakukan ke atasnya akan memperoleh pahala jika dia redha.
Orang yg beriman itu sentiasa tahu setiap apa yg dilakukannya di atas muka bumi ini akan dihisab, dipersoalkan dan dibayar setimpal dengan amal perbuatan.

Dan banyak lagi. Aku tak mampu tuliskan semuanya dek ceteknya pengetahuan serta terbatasnya ilmu jika nak dibandingkan ilmu Allah Yg Maha Mengetahui.

Aku belajar sesuatu hari ini.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita mampu membahagiakan.

Hidup ini terasa indah dan tenang apabila mampu melihat seseorang itu tersenyum gembira mendapatkan apa yg kita berikan seadanya. Kegembiraan itu sememangnya anugerah Allah dan juga dengan izinnya. Kita hanyalah dijadikan asbab (penyebab) yang membuatkan seseorang itu gembira.

Berikanlah apa yg termampu, nasihat, senyuman kepada yang halal menerima, pertolongan tanpa diminta, hadiah atau apa sahaja. Jangan sampai membebankan. Kerana aku takut jika ianya membebankan, hilang ikhlasnya hati untuk memberi.

Berikanlah pemberian itu dengan sepenuh hati agar yang menerima itu juga akan menerima dengan hati. Aku sedang cuba, dan akan terus mencuba. Kerana aku sangat berharap jika dengan pemberianku yang tak seberapa ini mampu memberi ketenangan kepada hatiku yang gundah. Sudah pasti ketenangan itu terlalu mahal. Kerana ianya bukanlah barang yang boleh didapati di kedai-kedai. Pastinya ia dimiliki oleh Khaliqku yg Maha Penyayang.

Wahai teman-temanku yg disayangi,

Aku masih lagi bertatih-tatih mengejar hidayah ilahi, jika kalian melihat aku tergelincir dari landasannya cepat-cepat ingatkan aku bahawa aku salah.

Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku, ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, serta seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah jadikanlah kesudahan yg terbaik bagi penghidupan kami. Jauhilah kami dari seksaan kubur dan azab api nerakamu. Izinkanlah kami Ya Allah mengecapi manisnya syurgaMu.
Wallahua'lam
 

Resepi Karipap

Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

Cara menyediakan:
1. Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
2. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:
1. Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
2. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/ gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
3. Sedia utk membuat karipap.

Tips tambahan:
1. Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
2. Mentega juga poleh digunakan.

Sorry ...

hahahaha lama tak update blog ... bersarang ... 
maaf yerrr ... 
Cuti2 Malaysia from 29 Julai ~ 31 Julai ...
Nanti kita wat n3 ...
Ponek haaa ...
Selambak baju nak kena basuh ...

Pelbagai Kegunaan Cuka


Cuka sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.


* Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.


* Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama 5 minit dan curahkan air panas.

* Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.

* Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.


* Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.

* Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.

* Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.

* Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.


* Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.

* Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.

* Harumkan tandas anda dengan memasukkan 3 cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.


* Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.

* Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran 2 sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

Alhamdulillah ...

http://www.autobavaria.com/com/en/_common/narrowband/img/id_moduls.png 
Alhamdulillah .... Setelah hampir sebulan menjadi penganggur, en. somi terchenta insyaallah akan memulakan kerja di Auto Bavaria bermula 2 Ogos 2010. Cuma aku tak pasti kat area mana dia akan ditempat kan ... Samada Glenmerie, Sungai Besi or Segambut ...
Hmmmm ...Position nyer sama cam keje dulu ... Tapi ciput and benefit nyer tak banyak mana ... Hmmm ... Okaylah daripada tak de kan ...

HTC Wildfire ...

Layan gamber yer ...
Nie lah harta terbaru yg aku miliki ...
Pemberian en. somi terchenta ...
Alhamdulillah ...
 
 
 
Insyaallah akan ku jaga hingga ke hujung nyawa ...

Sape Minat Komik ???

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=39a54cc755&view=att&th=12a0f3e1f49eb5ca&attid=0.1&disp=inline&realattid=84f5d0e196c7618a_0.1&zw 

Haaa ... Kepada sesape yang minat leh ler pergi  hujung minggu nanti ... Aku dolu2 baca ler komik Gila2, Ujang dan macam2 lah ... Skang cam tak sempat jer ...

Mutiara Kata


* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

*********************************************************************************

BUAT SEORANG BERGELAR ISTERI...

( buat ISTERI…ketahuila anda sangat istimewa di sisi Allah…

RENUNGAN BUAT SUAMI ( LELAKI )


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
 
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
 
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
 
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
 
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
 
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?


Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

"...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA.

Laila Asyikin ...


Korang tau tak cerita nih ... Aku tengah try nak follow cite nih ... Tapi agak payah, selalu terskip sebab nak tido kan Fatiha ... Tapi cerita nyer cam best jer ...

Laila Asyikin
Slot Samarinda
Setiap Selasa hingga Khamis 
10.30 malam

Ringkasan ...
Segalanya hanyalah mimpi indah yang membuaikan. Tidak disangka sama sekali kebahagiaan yang dikecapi hanyalah keasyikan yang memukau sehingga empunya diri tidak sedar bahawa dirinya telah dikhianati oleh suami tercinta. Kini, dia perlu bangkit dan berjuang untuk mempertahankan haknya walaupun perjuangan itu getir!

'Laila Asyikin', drama terbaru terbitan MIG Production untuk slot Samarinda TV3 telah bermula siarannya pada 1 Julai lalu, dan menemui penonton setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam.

Drama 16 episod ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan skripnya oleh Zarihah Hassan. Siri ini mengetengahkan bakat baru yang semakin menonjol, Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian dan Adeline Anthony Tsen.

Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Namun Laila tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holdings Berhad.

Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, dan United Holdings berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila dan anak-anak berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah.

Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail, Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.






Ada lak si Fahrin ... Bertambah rajin ler aku melayan nyer ... Heroin nyer Si Fathia nih pun cun ... Semoga jalan cerita nyer membawa pengajaran ...


AIR SEMBAHYANG

http://img254.imageshack.us/img254/2272/wudhu3.jpg

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu  dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu'.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat'
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.                              

 
Dalil utk kita berwudhu':
"Wahai orang-orang yg beriman, apabila kamu akan mendirikan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kaki- kaki kamu sehingga ke dua mata kaki"
(Al Maaidah, ayat 6)
 
 
Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
 
Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda :
 
‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan.
 
  • Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu
  • Peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.
Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata.
 
Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.
 
Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.
 
Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudarat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’
(Riwayat Tirmizi)

"CABUTAN BERTUAH @ QISFA ENTERPRISE"



ANJURAN :- QISFA ENTERPRISE

TARIKH TUTUP :- 26 Julai 2010 jam 11.59 malam
Nama : Honey
 Emel : hanifadhlinaabdulrahman@gmail.com
Hadiah : Kategori B
Referrer : Zie Fauzi
Mari beramai2 memeriahkan suasana ...
Berminat ??? Sila KLIK


 

Giveaway I Love You

 
 
ANJURAN :- My Small World
 
TARIKH TUTUP :- 24 Julai 2010, 5.00 pm
 
GAMBAR :-
 
 
 Muhammad Danial Fathullah b. Shahdan 
4 tahun ...

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...
Berminat ??? Sila KLIK

 
 

RM50

Ish ... Ish ... Manalah duit aku cicir nih ... 
Aku agak kelam kabut masa nak amek Luqman tadi, hari hujan n Danial tidur lagi ... Aku ingat nak tinggal kan jer Si Dany tapi takut lak kang kut2 guruh kilat ... Dalam kelam kabut tu aku cepung Dany bawak pi umah mak ... Duit kecik takde so aku bawak ler seperti yg tertera dlm gambar di atas ... rase nyer aku masukkan ... Luqman kuar "Ibu ade ape yg panas2 Luqman lapar lah ..." Kesian kat dia aku pun ajak dia ker kedai makan berdekatan ... Dah sampai tu masa nak order tu sambil raba2 duit dalam poket ..."Ehhh ... Mana duit aku ???" ... Sebaik umah dekat ...Aku order makanan dulu ... Balik umah hantar Luqman sambil amik duit ..."Aku rase aku dah masukkan duit tu ..." Merata jugak aku cari duit tu kat umah tapi takde ... Kalau tak kerana hari hujan n dah nak senja memang aku pi cari balik duit aku tuh ..."Tak tau lah org lain ... Tp bg aku byk ooo ..." ...Bila sumi terchneta aku balik aku pustory kat die... Nak tau ape dia kata ... "adelah ibu derhaka kat abah tu ...." ish...Ish .. ke situ plak dia ...

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
 
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.
Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.

Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.

Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan. 

Geng Baru Fatiha

Alhamdulillah pada Jumaaat, 9 Julai 2010 telah selamat adik aku mendapat baby. Adik ipar aku terpaksa dioperate atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Maka lahirlah ke dunia ini seorang baby girl (dapt ler geng baru si Fatiha nih) seberat 2.3 kg. Difahamkan tarikh tersebut adalah sama ngan tarikh pemergian ibu adik ipar aku .... Besar nyer kuasa Allah dalam menghidupkan dan mematikan sesuatu ....

Layan gambar ... 

Tahniah buat Ijal n Melati ...
Semoga ibu n baby cepat2 sembuh ... Leh ler balik Gombak ..

Milik Siapa ???

http://www.arenabola.com/data/31_1619_piala_dunia_fifa.jpg
 
PERLAWANAN AKHIR

HOLLAND - SPAIN (12 Jul,2.30am,TV1,Astro)

Agak2 nyer sape ler pemenang World Cup kali nih ... Cam lebih berminat pada Spain jer ... Mari kita saksikan beramai-ramai ... Ramai lak yang tetiba jer cuti sakit esok ...




"Happy Family Giveaway"


 Anjuran :- DJf Closet's 

Tarikh Tutup :- 9th July 2010

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...
Berminat ??? Sila KLIK


Suami ku Penganggur ...

Esok sah ler sumiku seorang penganggur ... Apelah nasib seterusnyer tidak lah diketahui ... Semalam suami ku telah menghadiri Jamuan Makan Malam @ Perpisahan buat semua staff Sapura Auto. Aku tak gie lah coz for staff jer ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs050.snc4/34887_1227496226232_1793869566_443828_674960_n.jpg
Geng2 senasib ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs077.snc4/35209_1227497386261_1793869566_443840_1426744_n.jpg
Sempat lak menyanyi lagu "Aku Penganggur" ... 
Wah !!! Leh ler jadi artis lak lepas nih ...

Lama jugak aku menunggu suamiku pulang dr dinner itu ... tapi apabila sampai jer suami ku ... ada surprise untuk aku ... Besh... Beshhh ... Uolsss ... Jangan jelous yer ..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs061.ash2/36412_1227500786346_1793869566_443868_7155368_n.jpg
Dapat cabutan bertuah grand prizes ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs061.ash2/36412_1227500826347_1793869566_443869_2233787_n.jpg
Jam tangan TAG HEUER ... 
Telah sah menjadi hak milik aku ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs079.snc4/35289_1227498306284_1793869566_443844_3672497_n.jpg 
Tinggal kenangan ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs061.ash2/36412_1227500706344_1793869566_443866_6928979_n.jpg 

sapura auto happy and sadness will be remember..

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR
URUGUAY - HOLLAND (7 Jul,2.30am,TV1,Astro)
GERMANY - SPAIN (8 Jul,2.30am,TV1,Astro)

Wehhh ... Subuh nie ada game ... Tak berapa minat n tak mengenali sangat negara yang akan main nanti ... Berdasarkan game2 yang lepas macam Holland jer best ... Kawan2 cam ner ??


http://www.1000goals.com/wallpapers/netherlands-holland-football-team-3.jpg
Holland


http://www.conti-online.com/generator/www/uk/en/contisoccerworld/themes/02_fanzone/05_teams/10-wm-teams/group-b/img/wm_team_gre_01_en.jpg
Uruguay

Apelah Si Fatiha nih ...

Sekarang nih Si Fatiha dah berumur setahun 6 bulan ... Kalau nak dibandingkan dolu2 ... Waktu nih, abang2 nyer dah pandai bercakap ... Fatiha nih belum lagi, kalau nak mintak sesuatu or nak panggil orang  duk "aahh, aahh, aahh" jer ... Tak reti lansung ... Geram betul lah ... Bukan nyer tak bercakap ngan dia ... Tapi entahlah ... Bukannyer dia tak tahu .. Kalau tanya uwan, atuk, mak long, pak lang and lain2 semua dia kenal ... Kalau bagi arahan pun semua dia boleh buat (selalu menjadi mangsa utk amek remote) ... Kebolehan or keupayaan  seseorang tu bukannyer sama ... Kawan2 ade apa2 petua ??

Jangan Memihak Ketika Anak Bergaduh

oleh Hafizah Iszahanid

"Mak, tengok abang ni, main tolak-tolak," atau anda akan kedengaran, "Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi."

Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.



Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.

"Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja." Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh?

Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka.

Pergaduhan adakalanya bermula di meja makan.

Perkara Universal

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.

Mengapa Mereka Bergaduh?

# Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

# Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.

# Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

# Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

Ajar anak bertolak ansur, saling menghormati dan berkongsi barangan secara adil.

Bagaimana Anda Menangani Pergaduhan Anak-anak?

* Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.

Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

* Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

* Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

* Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.

* Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

* Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

* Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

* Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

* Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak. 


 


Sumber :- INFO KESIHATAN