Search This Blog

Nusyuz ...

INFO: Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya termasuk enggan berpindah bersama si suami, mengelak diri dari suaminya termasuk enggan melayani keperluan seks si suami atau menyebabkan suaminya marah. Prof. Dr Wahbah menjelaskan dua tanda isteri dianggap nusyuz. Pertama; melalui perbuatan dengan menjauhkan diri, bermasam muka dan bersikap degil atau enggan ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah sebelumnya dia bersikap mesra. Kedua; melalui perkataan seperti berinteraksi dengan suami dengan perkataan yang kasar, ia berlaku setelah sebelumnya dia bercakap lembut.

INFO: Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya), tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)

- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment