Search This Blog

FEBRUARI 2017 | MINYAK NAIK 20SEN


Arrggghhhh ... Trend menaik nampak nyer 2017 nie ... Maka segala mak nenek akan naik jugak lah tu ... Ade yang kate "Naik 20 sen jer pun"
Korang korang tengah beratur isi minyak ker tu ??? Gigih eak kengkawan, sabar je lah ...
Kengkawan sila komen ... Komen yang panas2 jer tau ... Huhuhu ...
Dah tu ... Dah tu ...
Jom nikmati gambar-gambar sempena meraikan kenaikan harga minyak ...







CPUV NUFFNANG #121 | DREAMLAND CHIRO SOLUTIONS


Alhamdulillah ... Dapat kempen baru ... Kali nie daripada Dreamland Chiro Solutions lagi ... Ari tu dalam bulan Oktober 2016 dah pernah dapat kempen daripada DREAMLAND nih... 
Kalau dah Dreamland tu, kompem ler pasal tilam kan ... Tilam kat Dreamland nie terbahagi kepada tiga jenis ... 


Perrggghhh ... Kalau aku dapat tilam nie kan, mesti nyenyak tido malam tanpa gangguan ...



So chiro solutions nie termasuk bawah kategori tilam care ... Yang mana mementingkan tidor yang sihat untuk seisi keluarga ... Sambil-sambil mendapat tidor yang berkualiti sambil-sambil meluruskan tulang belakang ... Maklum ler siangkan dah penat bekerja ...


Ada 3 jenis ...
Nak tau lebih lanjut klik ler banner #dreamland kat atas tu ...

Alangkah best nyer kalau #dreamland sponsor tilam untuk family aku ... Baru boleh nak wat review betul-betul ... #dreamland ooo #dreamland dengar tak nie ... Hahaha ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan Dreamland menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...

Terima kasih #nuffnang
#dreamland #dreamlandchirosolutions
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

BUKU PENDIDIKAN ANAK-ANAK

ADA ANAK 2- 8 TAHUN? TERBAIK!


Anak korang pasti suka buku-buku yang ditawarkan ini. Belajar sambil melakukan aktiviti menyeronokkan dengan buku-buku pendidikan anak terbaik di Bookcafe. Klik untuk beli sekarang!

Saya Sayang Allah: 
Kisah-Kisah Terpilih Daripada Al-Quran
RM18.00 RM15.30

101 Info Seronoknya Mengenal Al-Quran
RM9.50 RM8.07

31 Kisah Nabi
RM31.00 RM26.35
Dunia Si Kecil - Seronok Menulis & Mewarna Abjad
RM5.00 RM4.25

Dunia Si Kecil - Teka Silang Kata
RM5.00

Kengkawan kalau berminat dan nak tahu promosi yang lebih terkini dan sensasi kebaboom, korang klik ler banner kat atas tu... Pleaseeee... Banyak lagi sebenar nyer buku-buku yang best-best ... 

CPUV NUFFNANG #119 | TRUMER X


Alhamdulillah... Muncul jugak kempen kedua nih dalam tahun 2017 ... Ingat kan merajuk dah... Yelah tunggu punya tunggu dekat nak 10 hari lah jugak... 

Kali nie dapat kempen daripada TRUMER X ... Haaa nie pun sama, aku tak tahu ape mende nyer ... Setelah siasatan dilakukan rupanyer tempat shopping online jugak ... Serius aku tak pernah dengar ...


TrumerXTrumerX where we list and promote your products and services to a larger business network and where buyers and sellers trade for goods and services using a common accounting unit ( TRM ) without the use of cash. "Get what you need with what you have "...CONSERVE CASH!

Hah!!!  Tanpa menggunakan cash... Cam ner plak tu???  Skodeng ler korang sendiri... Klik logo kat atas tu... Rajin-rajin kan lah membaca... 


Kengkawan kalau ada jumpa iklan TRUMER X menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#trumer #trumerx
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa


Renungan bersama....
Terima kasih kepada penulis kata2 indah ini... Seperti biasa aku kongsikan apa yang aku rasa patut aku kongsikan... Bukan kisah aku,  tapi aku dapat dalam group wasap aku... 

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI PENUH BERKAT*



Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan



Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapan yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

Eratkan silaturahim, walau sekadar doa ...

TENTANG REZEKI !!!


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain. 


Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata. 

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

 *Jom fikir luasnya rezeki.*

 Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.

🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.



Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Share utk sebarkan manfaat.!

CPUV NUFFNANG #118 | LACTACYD X KOL ENGAGEMENT

Alhamdulillah... Kempen pertama di tahun baru 2017 ... Kali nie dapat daripada LACTACYD X KOL ENGAGEMENT ...

Ape menda kot lah kempen kali nie... Aku pun tak tahu... Nuffnangers ada yang tahu ker ? Aku plak tengah berpenyakit... Penyakit paling bahaya abad nie... Hehehe... So,  korang kenalah cari sendiri menatang ape LACTACYD X KOL ENGAGEMENT ... Soweee ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan LACTACYD X KOL ENGAGEMENT menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#lactacyd #kolengagement
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

RESEPI TAUHU SUMBAT

Korang suka ker tauhu sumbat?  Aku suka lah jugak... Tapi jarang aku buat...  Biasalah bebudak mana suka sayur... Hidangan nie simple jer...  Hidangan yang paling simple tu lah yang paling sedap! Kalau korang suka & minat Tauhu Sumbat ni, bolehlah cuba untuk minum petang nanti ...


  • Bahan-bahan:
    - Tauhu 
    - Timun (dihiris halus) 
    - Lobak merah (dihiris halus) 
    - Taugeh (dicelur)
    - Garam
    - Sos cili 
    - Minyak untuk menggoreng 

    Cara-cara: 
    1. Goreng tauhu hingga perang. 
    2. Tabur garam secukup rasa.
    3. Potong dua dan belah tengah supaya ada ruang untuk disumbatkan dengan sayuran. 
    4. Sumbat tauhu dengan timun, lobak merah, dan taugeh. 
    4. Hidang dengan sos cili.

TAZKIRAH JUMAAT #67 | ORANG YANG BERTASBIH


Nabi Yunus alaihissalam, apabila keluar dari negerinya, baginda menaiki kapal. Lalu kapal tersebut dilanda badai.

Mereka terpaksa mengundi siapakah yang akan dicampakkan ke dalam laut. Lalu, undian itu terkena kepada Nabi Yunus alaihissalam.

Apabila dicampakkan ke dalam laut, datang ikan besar menelan baginda.


Ketika di dalam perut ikan tersebut, baginda sentiasa bertasbih dan berzikir.

Allah ta'ala menyebutkan kisah ini di dalam Al-Qur’an:

فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ. لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Maka kalaulah ia bukan dari ORANG YANG BERTASBIH, tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur"[Ash-Shaaffat:143-144]

Allah ta'ala sebutkan kesan baik daripada tasbih tersebut

1- Allah campakkan baginda keluar dari ikan tersebut ketika baginda dalam keadaan sakit.

2- Allah tumbuhkan pokok berdaun lebar untuk melindungi baginda yang berada di tanah lapang yang kosong.

3- Allah jadikan kaumnya berjumlah 100ribu atau lebih beriman. Mereka sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Doa Zun Nun (Nabi Yunus) alaihissalam ketika berdoa di dalam perut ikan,


Tidaklah seorang  muslim berdoa dengan doa ini  melainkan Allah pasti  memperkenankan doanya.” [Sunan Tirmizi]

Bertasbihlah dan berdoalah dengan perkataan yang  disebutkan Nabi Yunus. Semoga Allah taala  melepaskan semua orang yang beriman daripada segala kesusahan dan mengurniakan mereka segala kebaikan. Ameen

-ARAR-
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

JANGAN NYANYI LAGU SUDAH KU TAHU

PERHATIAN !!!!!!!!

Jangan nyanyi lagu Sudah Ku Tahu sebab ada ayat yang tak elok dalam lirik tu ... Cuba kengkawan tengok balik !

Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak dicintai
Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
Segala yang ku korbankan tuk dirimu
Mengapa masih lagiku
Berdiriku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan !!!!!!
Wooo !!!!!

C/o
Sayang !!!
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar
Sayang !!!
Selamat tinggal
Akukan pergi buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya . . . .

Amboi . . . Amboiiii . . . Amboiiiiii . . . !!!!!
Sampai habis korang nyanyi ehh . . .

😒😒😒😒

Siap nyanyi ikot rentak dan irama lagi
😂😂😂😂

Tahniah . . .  Semua menyanyi dengan begitu semangat dan baik sekali ...
😝😝😝😝😝😝😝

Apa lagi ... Korang kenakanlah kawan2 yg lain plak ... Sharing is caring u know ... Jangan marah2 nanti cepat tua ...

CPUV NUFFNANG #117 | P&G PANTENE

Alhamdulillah... Rezeki di awal tahun... Tahun baru nie harap ada yang best daripada #Nuffnang ... Kali nie dapat kempen daripada P&G PANTENE ...

Kalau nak cite pasal Pantene mesti semua orang dah tau... Nak nak orang pompuan... Sape yang tak tau pasal syampu Pantene kan... 

Pantene /pænˈtiːn/ is a brand of hair care products owned by Procter & Gamble. The product line was first introduced in Europe in 1945 by Hoffmann - La Roche of Switzerland, which branded the name based on panthenol as a shampoo ingredient.

Antara syampu Pantene yang ada di pasaran... 

Panthenyl Ethyl Ether is an ingredient in Pantene shampoo that plays a number of roles. Panthenyl Ethyl Ether is used to add moisture to hair and skin products and is also a source of vitamin B5.


Kengkawan kalau ada jumpa iklan P&G PANTENE menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#pantene #proctergamble
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

WORDLESS WEDNESDAY - 134 | WARNA-WARNI KEHIDUPAN


NOTA PENTING UNTUK LEPASAN SPM


Tak lama lagi result SPM akan keluar... Pelajar2 akan mula mendaftarkan diri di pusat pengajian bagi menimba ilmu.

Namun demikian masih ada yang belum pasti dengan halatuju mereka...  Nak masuk U mana?  Nak ambil kos pengkhususan ape?  Macam2 lagi lah... Perbelanjaan yang harus dilaburkan untuk segulung kertas sebagai penentu masa depan juga mengundang rasa gundah di hati. 


Sebelum tu korang kena pastikan isi borang-borang di bawah... Pilih yang berkenaan... Minta nasihat @ pandangan ibubapa dan cikgu2... 

⬇⬇⬇⬇⬇

🔴 Laman UTAMA UPU
🔴 Borang UPU Online
🔴 Portal RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Tinggi)
🔴 Facebook RASMI berkaitan UPU
🔴 Laman RASMI POLITEKNIK
🔴 ePanduan kemasukkan lain-lain agensi
🔴 Borang Online kemasukkan ke IKBN
🔴 Senarai IKBN
🔴 Permohonan ke Jabatan Tenaga Manusia
🔴 Info permohonan CIAST
🔴 Borang online CIAST
🔴 Panduan kemasukkan KOLEJ KOMUNITI
🔴 Borang Online ke KOLEJ KOMUNITI
🔴 Info program latihan Kementerian Pertanian
🔴 Info MARA
🔴 Borang ONLINE MARA
🔴 Info latihan SEPARA PERUBATAN KKM
🔴 Borang online latihan SEPARA PERUBATAN KKM
Nota : Info disediakan oleh 
➖➖➖➖➖➖➖
SENARAI UNIVERSITI
➖➖➖➖➖➖➖
Selamat maju jaya 😘
Langkah 🏃 anda hari ini adalah penentu masa depan anda ...


Cuba masukkan result pada link di atas ... Nanti akan keluar cadangan kursus apa yang layak dimohon UPU ... Mohonlah yang itu sahaja ... Jika tiada dalam senarai yang dicadangkan, bermakna jika mohon juga, besar kemungkinan tak dapat ...

Tqvm. All the best.

Boleh kongsikan kpd rakan-rakan untuk anak2 atau saudara-mara. 👍😀

 Numb pin utk apply UPU  dibuka & boleh dibeli pada 18 Januari 2017 sehingga 5 April 2017 ...

Sebar-sebarkan!!!