Search This Blog

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Assalamualaikum  n Salam Sejahtera semua ... Buat ape tu ... Mesti korang pun dok kalut cam aku jugak kan ... Maklum ler tak lama lagi nak periksa ... Kira nyer minggu depan Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016  ... So anak-anak kena study lebih sikit minggu nie ...

J
Jadual Peperiksaan Abang Ngah ...


Pilihan soalan untuk Seni Visual ...


Jadual Peperiksaan Kakak ...

Hehehe ... Saje aku letak kat sini ... Depa tak reti nak jaga ... Sat gie hilang kalut dok tanya kat aku ... Emak alaf baru memang macam nie kan ... Semua nak letak kat alam maya kan ... Buat anak-anak ... Belajar rajin-rajin noo ... Lepas tu kita enjoyyyy ... Huhuhu ...

Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2016)



Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2016) kepada semua jururawat di seluruh Malaysia - "Nurses A Force of Change: Care Effective, Cost Effective"



Hari Jururawat Antarabangsa ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965. 

Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat. 




Rufaida binti Saad ada merupakan jururawat pertama dalam sejarah Islam ... Barat dan eropah pada zaman kegemilangannya mengagumi semangat dan kecekalan Florence Nightingale, dikenali sebagai pencetus dan pelopor kejururawatan era moden ... Dunia kurang mengenali Rufaida binti Saad (atau juga dikenali sebagai Rufaida Al-Aslamiya) sebagai jururawat Muslim yang muncul dalam era lebih awal daripada Florence Nightingale ...

Dunia Islam mengagumi Rufaida sebagai seorang jururawat Muslim terawal dan terkenal kerana kesungguhan dan komitmen beliau menguruskan hospital lapangan di beberapa peperangan besar pada zaman baginda Nabi sallalLahu alaihi wa Sallam ... Rufaida merupakan antara golongan awal menerima Islam di Madinah. Beliau merupakan keturunan bani Aslam dari puak Khazraj di Madinah dan yang paling awal menanti kehadiran baginda Rasulullah sallalLahu alaihi wa Sallam ke kota Madinah semasa hijrah Baginda ...

Rufaida adalah seorang pemimpin, penggerak yang menggerakkan sejumlah muslimah untuk merawat tentera-tentera yang cedera di medan perang ... Beliau dan muslimah lain juga mampu memberi motivasi dan menaikkan semangat jihad kepada kumpulan tentera muslimin ketika itu ... Dikisahkan semasa peperangan Khaibar, Rufaida bersama segerombolan muslimah hadir berjumpa Baginda sallalLahu alaihi wa Sallam meminta izin, “Wahai Pesuruh Allah, kami mahu keluar ke medan perang dan membantu kaum Muslimin dan merawati tentera-tentera yanh cedera di medan” ... Baginda Rasulullah sallalLahu alaihi wa Sallam mengizinkan mereka turut serta ...

Begitulah kisah Rufaida al-Aslamiya, serikandi Muslim dan diiktiraf sebagai seorang jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam ...

Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat yang berada di seluruh Malaysia ...
Thanks for everything ...


Laluan Bas Percuma Smart Selangor Di Gombak & Selayang


Perkhidmatan bas percuma 'Smart Selangor' kini diperluaskan di kawasan Selayang dan akan memulakan operasi sepenuhnya pada 16 Mei 2016 (Isnin)


Frekuensi pekhidmatan dianggarkan selama 30 minit dengan empat buah bas beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari. Setiap Bas berkapasiti 60 orang dan mempunyai kemudahan seperti akses OKU, WIFI, Panel Informasi dan sebagainya

Antara kawasan yang akan dilalui bas ini adalah Pejabat Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang, Stadium MPS, Hospital Selayang, UiTM Kampus Selayang, Selayang Baru, Batu Caves , Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Terminal Putra Gombak.

Layari www.selangor.gov.my atau hubungi 1-800-222-677 untuk maklumat lanjut.