Search This Blog

Hogoh De Coco

Kejadian dah lama berlaku... Beberapa minggu yang lepas... Kami sekeluarga balik kampung BigBoss... Dah jauh jalan nyer mesti ler lapar dan dahaga... Walaupun bekalan dibawa, tak puas kate nyer ... Maka mengagau ler kami mencari kedai makan... Ternampak ler akan aku perkataan sup kambing... Kedai nyer kecik jer tepi jalan... Oleh kerana BigBoss dah kelaparan dan memang dia obses ngan kambing,  maka uturn lah kami anak beranak... Ikutkan ajer... 

Sebenarnya ada dua kedai kat situ,  satu kedai makan dan satu kedai minum nih... Wahhh, aku memang terliuq dah nengok berjenis air yang disediakan... Sorry kat bawah nie gambar kedai minum jer... 

Hogoh De Coco nama diberi,  bersesuaian dengan letak nyer di negeri Pahang... 

Kami semua order nie... Choclate orea rase nyer... Sedapppp gilerrrr... 

BigBoss order air kelapa nangka... Sedapppp jugak... 

Mi hoon sup,  nie order kedai sebelah... BigBoss order nasi putih + sup kambing... 

Nie antara menu kedai sebelah... Harga boleh tahan... Harap dapat tingkat kualiti servis... 

Gendang gendut tali kecapi ...
Kenyang perut suka hati ...

Dah selesai maka kami pun meneruskan perjalanan menuju destinasi... 

#HogohDeCoco 
Instagram : hogohdecoco 



THE FIFA PUSKAS AWARD


Tahniah Faiz Subri yang bakal ke FIFA Football Awards di Zurich, 9 Januari 2017 ini selepas sah dalam senarai 3 gol terbaik bagi calon Anugerah Puskas 2016.

Undian kedua bermula sekarang. Ayuh undi beliau sekarang sehingga 9 Januari 2017 ini untuk melayakkan beliau memenangi Anugerah FIFA Puskás Award!

KLIK BANNER DI ATAS UNTUK UNDI ...

TERIMA KASIH ... 

Selamat Bercuti Warga Selangor !!!

SURAT HEBAHAN SUK BIL.10 TAHUN 2015
Surat Hebahan berkaitan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor.

Penjelasan berhubung banyak pertanyaan yang diterima berkaitan  cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor  pada 11 Disember 2016 (Ahad) yang  telah jatuh pada hari kelepasan mingguan.

Maka hari berikutnya akan menjadi hari kelepasan Am. Memandangkan 12 Disember 2016 (Isnin)  merupakan Hari kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) maka hari berikutnya pada 13 Disember 2016 (selasa) adalah hari kelepasan Am gantian.




Selamat Bercuti Warga Selangor !!!

Sumber :